Showing posts with label Things to Share. Show all posts
Showing posts with label Things to Share. Show all posts

Monday, December 27, 2010

move on

Langkah 1: Tutup cerita lama, buka cerita baru.

Yang dulu tu, dululah. Lupakan. Yang sekarang, sekarang.

Anggap perangai orang yang menyakitkan hati kita tu sebagai ‘cerita lama’ kerana ia berlaku di masa lepas (masa yang lama) dan sudah pun berlaku. Tak menyumbang pada kemajuan diri kalo diingat selalu.

Kita kena bukak cerita baru di masa kini (masa yang baru) dan elak untuk cakap balik cerita-cerita lama. Jadikannya sejarah hidup sahaja.

Langkah 2: Anggap setiap hari adalah hari yang baru dan tiada kaitan langsung dengan hari-hari buruk yang dah berlalu.

Jangan tarik balik keburukan lalu ke masa kini kerana ia akan mencemarkan kebahagiaan yang kita nak rasai pada hari ini, pada masa kini. Nak berjaya, kita perlu sentiasa bersemangat. Nak sentiasa bersemangat, kita perlu sentiasa gembira.

Kita akan jadi tidak gembira apabila kita selalu ungkit balik cerita-cerita di masa lepas, iaitu cerita lama kita. Maknanya, masa depan kita pun tak ada guna kalo macam tu sebab kita selalu ungkit balik cerita yang dah lama. Kesannya, tak majulah kita.

Jangan pandang belakang (ingat balik masa lalu) walau seburuk manapun situasi yang berlaku di masa lalu. Masa lalu biarlah kita tinggalkan supaya kita dapat membentuk masa depan yang lebih gemilang buat diri kita.

tiap kali ingatan kita terputar balik ke masa lalu, sebenarnya minda kita sedang memerangkap kita. Kita kena menguasai minda, bukan kita yang dikuasai minda melalui mainan emosi kita sendiri.

Langkah 3: Pendirian mesti mau kuat, fikiran kena matang.

Fikiran yang matang adalah fikiran yang dikuasai oleh rasional, bukan dikuasai oleh emosi. Fikiran kita ni bila dikuasai oleh emosi dan kita pun bercakap jadi agak beremosi, kesannya kita rasa sukar untuk melupakan kesalahan orang yang menyakitkan hati kita, walaupun cuma kesalahan kecil. Untuk mematangkan fikiran, Anda kena kawal emosi.

Setiap hari, latih diri untuk mengawal emosi dan elak untuk berkata dengan penuh emosi. Kawal rasa nak marah, kawal rasa geram, sakit hati serta perasaan-perasaan lain yang serupa dengannya kerana dengan mengawal semua emosi tu, kita sudah melatih diri untuk sentiasa berfikiran rasional, bukan befikiran emosional.

7 tips bagaimana mengelak dari dikuasai fikiran negatif



1. Maafkan semua orang sebelum Anda tidur.


Lupakan kesalahan mereka yang menyakitkan hati Anda. Maafkan dan beritahu diri sendiri jangan ingat lagi.

2. Membantu dengan penuh minat, bukan sekadar ikhlas.

Jadi membantu orang lain sesuatu yang menyeronokkan untuk dibuat. Be helpful! Dalam erti kata lain jadikan sikap suka membantu sebagai ‘passion’ Anda. Jangan membantu kerana ‘ada udang disebalik batu’.

3. Hormati sesiapa saja.

Walau siapapun dia, hormati dia. Jangan nilai orang dari jawatan, harta dan pangkat. Anda pula jangan hanya mahu dihormati, sebaliknya biarlah Anda hormati semua orang.

4. Jadilah diri sendiri, jangan jadi seseorang yang Anda nampak ‘perfect’.

Mungkin Anda kenal dengan seeorang yang Anda nampak sempurna – popular, bergaji besar, berkereta mewah, rumah mewah, bergaya, nampak serba lengkap. Nak jadikan dia sebagai contoh ikutan boleh tapi janganlah jadi perfect sangat macam dia sebab Anda akan hilang jatidiri, akhirnya Anda hilang semangat nak memajukan diri. Contohi apa yang positif pada dirinya, kemudian amalkan.

5. Elak dari menyertai perbincangan negatif.

Orang berjaya suka bercaka pasal idea. Orang yang tak nak berjaya suka bercakap pasal orang lain. Sekarang Anda sudah dapat bezakan mana satu orang yang nak berjaya dan mana satu orang yang cuma mahu kekal di tempat biasa.

6. Elak megomel-mengomen, mengata dan mencaci.

Elak fikiran negatif dengan berhenti mengomplen, megomel untuk menyatakan rasa tidak puas hati. Stop complaining! Elak bercakap pasal keburukan orang.

7. Bersyukur atas segala apa yang Anda ada.

Bersyukur sebab Anda masih hidup hari ini. Anda tak akan tahu bila Anda mati.

Syukuri rezeki Anda tiap kali Anda makan dan tiap kali Anda minum, walaupun Anda cuma minum air kosong!. Amalkan berterima kasih pada Tuhan start dari sekecil-kecil nikmat hinggalah sebesar-besar nikmat.

Walaupun hidup Anda bermasalah, sikap rajin bersyukur akan membuat masalah tu hilang sedikit demi sedikit.

Anda kekal dalam masalah sebab Anda berfikiran negatif.

Marah buat kita gagal

Perlukah kita marah-marah?

Sikap marah adalah salah satu dari sikap-sikap negatif. Apabila kita jadi orang yang suka marah-marah, itu maknanya kita adalah orang yang lebih banyak terdorong pada kenegatifan. Fikiran kita negatif, kata-kata kita negatif, walaupun kata-kata di dalam hati.

Nak berjaya, nak bahagia, kita perlu membentuk diri kita menjadi orang yang pandai mengawal rasa marah. Biar kita yang mengawal marah, bukan marah yang mengawal kita lalu menukar kita menjadi seperti seekor singa.

Marah adalah sebahagian daripada diri kita kerana marah tu adalah emosi kita.

Emosi boleh dikawal. Caranya adalah dengan mengurangkan emosi asal kemudian menukarkannya dengan emosi lain.

Lawan marah adalah ketenangan. Untuk mengawal rasa marah, fokus kepada melatih diri untuk bertenang.

Marah sifatnya api. Api punya selalunya menjadi pembinasa sebab api memakan semua yang dibakar olehnya. Apa saja yang bersifat api pasti membakar, memusnah, termasuklah sikap marah.

Marah yang tidak dikawal akan membakar persahabatan, perhubungan adik beradik dan perhubungan cinta lalu menjadikannya tidak bermakna lagi. Sesiapapun tak akan suka mendekati Anda apabila Anda menjadi orang pemarah, suka marah-marah, cepat naik marah.

Air sifatnya sejuk, mendekatkan dan mencantumkan. Sel-sel tubuh badan kita termasuklah tisu-tisu badan yang ada di otot kita mengandungi air cuma dalam jumlah yang amat sedikit. Kerana air, sel-sel badan kita dapat bergerak dengan cukup baik menjadikan kita aktif. Asal sel, memang mengandungi air.

Bertenang tu adalah sifat air. Sesiapa saja suka berkawan dengan orang yang wajahnya tenang.

Dalam usaha kita melakar kebahagiaan dan kejayaan hidup, sikap marah adalah satu cabaran besar yang patut kita tangani. Marah sifatnya menghancurkan. Tenang pula sifatnya membina, seiring dengan sifat air yang mencantumkan, menggabungkan.

Cuba tengok simen yang diguna untuk buat bangunan. Simen terhasil dari gabungan di antara pasir dan serbuk simen, dicampur dengan air supaya kedua-dua bahan mentah tu bergabung membentuk simen cair. Nyatalah air memang sifatnya membina dan menyatukan.

Mulai hari ini, elakkan sikap mudah marah, suka marah-marah. Elakkan sikap menampakkan air muka pemarah kerana sikap sebegitu akan menghancurkan jalan Anda menuju kejayaan dan kebahagiaan.

Bila Anda menjadi orang pemarah, tak ada siapa suka nak dekat. Kalo ada yang datang mendekat, maknanya mereka sedang berlakon untuk mengambil hati Anda.

Bila sudah tak ada siapa nak dekat dengan Anda, tak ada siapa yang akan suka membantu Anda untuk jadi orang berjaya. Pasangan hidup Anda tak akan kekal bersama dengan Anda. Kawan-kawan menyisihkan Anda. Ibu dan bapa Anda tak berapa ngam dengan Anda.

Elakkan sikap marah, kurangkan dan kawal. Cabaran paling besar untuk kita berjaya dalam bidang kita bukanlah dari luar, tapi dari dalam diri kita sendiri. Kita berdepan dengan cabaran mengawal sikap marah yang dah lama ada dalam diri kita.

try to be better person

Tip 1: Lakukan Muhasabah Diri Pada Awal Pagi

Ingat semula kejayaan-kejayaan kecil yang Anda pernah capai 12 bulan lalu sepanjang tahun Hijriah. Tekadlah untuk mencipta lebih banyak kejayaan pada 12 bulan akan datang dalam tahun baru Hijriah ini. Elak mengingat kegagalan-kegagalan yang Anda pernah lalui sebab akan menurunkan motivasi Anda.

Tip 2: Kaji sikap riak,takbur,ego dan sombong tersembunyi.

Anda tak akan terlepas dari sikap riak, takbur, ego dan sombong terutama apabila Anda sudah mengecapi sesuatu tahap yang lebih baik daripada orang lain di sekeliling Anda. Pada awal Muharram ni, eloklah kiranya Anda gunakan hari itu sebagai hari untuk menggali ego-ego tersembunyi atau sikap riak tersembunyi, terutama apabila di puji. Sikap riak adalah umpan sikap negatif untuk menguasai diri Anda. Ego,riak, temberang, takbur,sombong dan bongkak adalah berpunca dari sikap-sikap negatif.

Tip 3: Pasang tekad jadi insan yang lebih berguna.

Insan yang baik adalah insan yang mendatangkan manfaat pada orang lain, simply sebab dia gembira melihat orang lain jadi bahagia dan merasa bahagia. Ubah mentaliti Anda, ubah diri Anda menjadi orang yang berguna. Walau siapapun Anda, pada Muharram ini, gunakan ia sebagai titik pemula (starting point) untuk melatih diri Anda menjadi insan berguna, lebih berguna dari yang sebelumnya.

tips to keep ourselves in happy mood

Untuk bersemangat, Anda perlu rasai kegembiraan dan kegirangan. Dalam perkataan Inggeris, ini dipanggil happiness and joy. Apabila kegembiraan hadir di hati, ada cara untuk kekalkannya.
Anda perlu tahu bahawa kegembiraan dan kegirangan yang ada di dalam hati akan menarik lebih banyak lagi kegembiraan dan kegirangan.
Happiness attracts more happiness,joy attracts more joy!

Untuk kekalkan kegembiraan yang Anda rasa, ucapakan syukur selalu. Inilah cara untuk kekal bersemangat. Kekal termotivasi.
Ucapkan terima kasih pada setiap orang di sekeliling Anda, ucap walau peranan mereka pada Anda kecil saja, misalnya, ucap terima kasih pada cleaner yang membersihkan pejabat Anda, ucap terima kasih pada budak pencuci kereta yang mencuci kereta Anda. Andai kata kena saman, ucap terima kasih pada Encik Polis sebab menyaman kesalahan Anda, membuat Anda sedar kesalahan yang Anda lakukan.
Jika seorang suami, ucap terima kasih pada isteri Anda kerana mengambil berat diri Anda, ucap terima kasih pada dia kerana sanggp bersusah payah berbakti untuk Anda sebagai ketua keluarga.
Jika Anda seorang isteri, ucapkan terima kasih pada suami kerana dia ada untuk Anda bergantung hidup padanya. Kegembiraan yang lahir dari rasa berterima kasih membuat Anda menghargai pasangan Anda, bukan sekali dua, tapi setiap hari.
Tiap kali Anda dilanda kegusaran berdepan dugaan atau permasalahan, alihkan seketika fikikiran Anda pada benda-benda yang Anda ada dan hargai orang-orang di sekeliling Anda. Ini menjadikan Anda bersemangat dalam usaha menyelesaikan masalah.
Dulu, kita bersemangat sebab kita nak capai sesuatu. Sekarang, gunakan kesyukuran untuk membuat diri Anda bersemangat selalu.
Kegembiraan yang terbit dari kesykuran lebih bertahan lama. Ia membuat Anda jadi energetik. Anda akan komited pada apa saja yang Anda lakukan.

5 tips berfikiran positif..for daily basis

Dulu kami dah selalu cakap pasal membina fikiran positif. Kali ni kami akan bercakap pasal cemana nak kekalkan fikiran positif yang Anda dah bina. Berikut adalah 5 tips bagaimana untuk menjaga fikiran positif,untuk di amalkan setiap hari.
1. Jangan Komen, Jangan Komplen, Jangan Ngomel.

Mengomen dan mengomplen pada setiap situasi, benda dan perkara adalah perbuatan buruk kerana Anda menyatakan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu. Apabila situasi berlaku di luar jangkaan atau masalah timbul tanpa disangka, jangan komen, jangan komplen, jangan mengomel sampai ke laut. Biarkan ia seadanya, biarkan begitu saja. Dah kita tak boleh nak buat apa untuk mengubahnya. Latih diri Anda untuk tidak mempersoalkan. Untuk menjaga fikiran positif, jangan komen,jangan komplen,jangan ngomel.
2. Berhenti Bercakap Seolah-olah Anda Tahu.

Cakap hanya apabila Anda tahu, diam apabila Anda tidak tahu, seperti kami pernah ulang di artikel-artikel lalu. Elak banyak bercakap seolah-olah Anda banyak tahu untuk membuat diri Anda menonjol, nampak hebat gitu. Hanya orang dengan harga diri rendah mahu membuat dirinya menonjol sebab mereka kurang ada kredibiliti. Banyak bercakap kelebihan diri sendiri adalah sikap negatif, berpunca dari fikiran negatif, diapikan oleh ego. Hentikan, supaya Anda dapat ‘maintain’ berfikiran positif. Bila bercakap, lebihkan menyokong, elak mengkondem!
3. Berhenti Salahkan Luaran, Salahkanlah Dalaman.

Berhenti salahkan seseorang, salahkan Tuhan, salahkan pemimpin, salahkan kawan, salahkan adik-beradik atau apa saja di luar diri Anda. Berhenti menyalahkan atau menuding jari pada orang lain atas apa yang berlaku. Tips ini berkait dengan tips pertama tadi. Berhenti mengomen, berhenti mengomplen, berhenti menyalahkan. Salahkan dalaman iaitu diri Anda sendiri kerana tidak berinisiatif memfokus kepada penyelesaian. Salahkan diri Anda kerana tidak memainkan peranan.
Sebagai contoh, jika Anda dilanda masalah kewangan, salahkan diri sendiri kerana tidak bekerja kuat dan tidak bekerja dengan lebih bijak. Jika Anda wanita dan Anda perasan suami Anda tidak melayan Anda berbeza dari dulu, salahkan diri sendiri kerana tidak menjaga kecantikan dan tidak mengambil inisittif mencantikkan lagi kecantikan sedia ada, untuk senangkan hati suami Anda.
4. Jangan Hanya Mahu Dihormati Oleh Semua, Tapi hormatilah Semua, Walau Siapapun Dia!.

Orang berfikiran negatif hanya mahu dihormati. Orang berfikiran positif hormat semua orang dan sikap hormat itu tidak dilakonkan, ia lahir dari hati. Setiap orang disekeliling dihormati tanpa mengira jawatan, harta dan darjat, walau orang tu makcik cleaner sahaja. Orang berfikiran negatif hanya mahu dihormati sebab mereka dikuasai ego. Untuk menjaga fikiran positif, belajarlah menghormati sesiapa saja. Anda akan perasan Anda makin bersemangat untuk maju ke depan.
5. Ingat Sikap-sikap Buruk Anda, Tekadlah Mengubahnya.

Jika sikap buruk Anda adalah suka bertangguh, tulis di atas kertas dengan ayat “aku mahu ubah sikap bertangguh”. Baca tulisan tu berpuluh-puluh kali sehari. Lepas tu, buat apa yang Anda tulis.
Tiap kali rasa nak bertangguh, latih diri untuk tidak bertangguh. Seboleh mungkin, elak bertangguh, sebagai langkah Anda komited nak mengubah sikap suka bertangguh.
Untuk membina sikap positif, fikiran Anda kena sama dengan perbuatan dan percakapan Anda. Fikiran kena sentiasa bersangka baik, perbuatan kena dibentuk supaya menjadi baik-baik, perkataan di mulut pun kena baik. Barulah Anda dapat menjaga fikiran positif yang Anda dah bina.

tips to think positive..

Wanita berfikiran positif adalah wanita bersemangat, berinspirasi, mendahulukan Tuhan dalam setiap perkara, bersangka baik dengan masalah serta senang didampingi sesiapa saja. Berikut adalah 3 langkah asas bagaimana menjadi wanita berfikiran positif setiap hari.
Langkah 1: Bersangka Baik Dengan Situasi Buruk.

Masalah, cabaran dan situasi buruk tetap akan datang dari berbagai arah. Anda tak boleh elak, tak boleh sembunyi, tak boleh lari. Untuk menjadi wanita berfikiran positif, anggap masalah sebagai sebagai peluang untuk memajukan diri. Anggap cabaran sebagai peluang untuk Anda mendiskaver kekuatan serta bakat Anda. Jadikan situasi buruk sebagai peluang untuk Anda memperbaiki diri menjadi orang baru, memperbaiki pemikiran dan memperbaiki tindakan.
Langkah 2: Memaafkan Kesalahan Orang Lain Sebelum Anda Tidur.

Ego, sikap panas baran serta kesombongan membuat Anda sukar memaafkan. Oleh kerana itu, fikiran pun terbentuk penjadi fikiran negatif. Turunkan ego Anda, buang sikap panas baran, buang kesombongan. Jadilah seorang pemaaf. Maafkan kesalahan orang lain yang Anda tak puas hati dari sebesar-besar kesalahan hinggalah ke sekecil-kecil kesalahan. Amalkan memaafkan kesalahan semua orang pada Anda dari dulu sampai sekarang. Bila bangun keesokan paginya, Anda akan rasa ‘feel good’. Anda akan jadi bersemangat.

Langkah 3: Biar Anda Kuasai Emosi,Bukan Emosi Kuasai Anda.
Wanita sinonim dengan air mata kerana emosi wanita amat sensitif. Nak menjadi wanita berfikiran positif Anda perlu tabah serta mahir mengawal emosi. Dalam apa jua perkara, kawal emosi Anda. Anda boleh berlatih mengawal emosi dengan bertenang selalu, be in control, pamerkan air muka yang tenang serta amalkan meditasi ringkas (duduk diam, tenangkan fikiran) selepas selesai sembahyang. Meditasi ringkas di iringi zikir-zikir Asmaul Husna membuat Anda mahir mengawal emosi. Lama kelamaan Anda akan mahir menahan marah, menahan tekanan,sentiasa tenang.

tips handle kritikan

Kritkan biasanya negatif semata-mata untuk menegur kesalahan Anda. Ada juga kritikan dibuat untuk menjatuhkan Anda. Dalam situasi lain, seseorang mengkritik Anda dengan kata-kata kesat semata-mata untuk memalukan Anda di khalayak ramai. Jika Anda dikritik, apa yang sepatutnya perlu dibuat supaya Anda kekal bermotivasi?
Berikut adalah 3 langkah bagaimana untuk memberi respon positif pada kritikan-krtikan negatif.



1. Maafkan Si Pengkritik Dan Maafkan Kata-katanya.
Kemaafakan adalah cara paling penting untuk membuat Anda bersemangat pada tahap tinggi walaupun di kritik hebat. Lupakan kata-kata yang mengkritik Anda, ambil sebagai satu pengajaran saja, lepas tu jangan ingat. Jadikan kritikan sebagai cara Anda mempelajari sesuatu. Katakan itu bukan kritikan, tapi cara untuk mengajar Anda buat perkara yang betul. Maafkan si pengkritik. Menyimpan rasa marah terhadapnya hanya akan membuat Anda tidak bermotivasi.
2. Diam Dan Tenang Ketika Di Kritik.
Jangan berpeluk tubuh ketika di kritik. Pamerkan air muka tenang, walaupun ketika itu hati Anda membara, panas sebab dikritik, telinga Anda pedas mendengar suara si pengkritik. Turunkan ego Anda. Pakai mindset belajar dari kehidupan sepanjang masa untuk menjadi insan lebih baik. Untuk Anda kekal bermotivasi, Anda perlu berfikiran positif dan bersangka baik sepanjang masa. Anggap kritikan cara untuk memberitahu Anda bahawa tindakan Anda salah, hingga tidak memenuhi ‘standard’. Tekad untuk berbuat lebih baik lagi di lain kali, apabila ada peluang.
3. Sembunyikan kehebatan, Pamerkan Kesanggupan Berubah Perbaiki Diri.
Sehebat manapun Anda, elak untuk merasa riak atau merasa diri Anda lebih bagus dari orang lain. Sembunyikan kehebatan. Pamerkan kesanggupan memajukan diri melalui perubahan berterusan. Bentuk dir Anda jadi semakin baik dari sehari ke sehari! Pelajari cara yang betul, kemudian buat.  Jangan memajukan diri semata-mata mahu mengalahkan si pengkritik sebaliknya majukanlah diri supaya Anda berpuas hati dengan apa yang Anda berjaya capai. Dengan itu, Anda akan bersemangat mencapai satu tahap pencapaian lebih tinggi. Jika Anda mahu berjaya semata-mata kerana mahu kalahkan si pengkritik, Anda akan sakit hati apabila dia semakin maju. Anda tidak akan bersemangat sebaba Anda rasa iri hati, dengki dan tidak puas hati dengan kemajuanya. Cara paling baik adalah set matlamat untuk diri sendiri kemudian capai matlamat tu! Mindset persaingan membunuh semangat. Mindset berusaha mencapai matlamat menyuburkan semangat. Anda akan sentiasa bermotivasi.

life for what you want not based on other people expectation

“if you live to other people’s expectation, you will kill your potential. But if you live your life based on what you want to achieve, what you enjoy doing and what you want to be,you your potential is limitless! Follow to your heart – Andrew Matthews.

Jika Anda mahu mencapai kejayaan semata-mata mahu mengatasi orang lain atau nak berjaya semata-mata mahu menunjuk-nunjuk pada orang lain, Anda akan membunuh potensi diri Anda sebab Anda hidup di dalam dogma iaitu bertindak berdasarkan apa yang orang lain kata.
Anda tidak ada impian sendiri, tapi hidup berdasarkan impian yang diset oleh orang lain terhadap diri Anda. Walaupun Anda berjaya, Anda akan rasa ‘kosong’. Bila ada orang lain muncul lebih berjaya daripada Anda, timbil rasa dengki, iri hati, sakit hati.
Jika Anda mahu mencapai kejayaan sebab Anda mahu menjadi ‘somebody’, mahu mencapai apa yang Anda impikan, Anda seronok melakukan perkara yang Anda sukai, potensi Anda untuk berkembang sentiasa ada, bahkan tak ada had! Anda akan terdorong untuk belajar perkara baru di api-apikan oleh rasa ingin tahu. Anda akan maju tanpa Anda sendiri menyedarinya.
Meminta pendapat orang lain, itu satu perbuatan yang bagus. Tapi, jangan bergantung pada pendapat orang lain semata-mata sebagai pentunjuk hidup. Cara paling baik adalah gunakan pendapat orang sekeliling sebagai panduan kemudian gabungkan dengan idea Anda sendiri.
Jika kegagalan berlaku, berhentilah menyalahkan orang lain. Ambil tanggungjawab atas tindakan Anda.
Walau apa jua yang berlaku, terima dengan rasa bertanggungjawab. Salahkan dalaman, jangan salahkan luaran. Maksudnya, salahkan diri sendiri kerana berbuat silap dan kerana tidak berbuat sehabis baik.
Mulai hari ini, apa jua orang kata pasal Anda, dengar dan gali motivasi di sebaliknya. Jangan melenting, jangan jadi bad mood, jangan mengamuk tak tentu pasal. Dalam memburu kejayaan, Anda kena belajar dari segenap perkara, walau ia sesuatu yang pahit.

Wednesday, December 15, 2010

Motivasi




Sebaik mana pun anda, perkataan buruk akan tetap anda terima, sama ada anda sedari ataupun tidak. Lumrahnya kehidupan begitulah, tidak akan ada manusia bebas daripada diperkatakan. Apa yang diperkatakan itu mungkin baik, mungkin juga buruk.

Usah terlalu peduli dengan keburukan-keburukan yang disebarkan orang. Itu sudah semestinya tidak benar. Kalau ada yang benar pun, itu adalah sejarah silam yang anda telah lupakan.

Manusia memang suka mencungkil keburukan berbanding kebaikan.
Seperti mana seekor anjing, apabila ia menggigit seorang lelaki ia bukanlah berita, tetapi seorang lelaki apabila menggigit anjing ia adalah berita yang pasti menjadi rebutan pihak akhbar menyiarkannya.

Mengapa hairan dengan sikap manusia bercerita perkara buruk tentang orang lain. Sememangnya mutakhir ini wartawan tanpa tauliah dan tanpa gaji memang banyak di mana-mana. Tertawalah oleh kejahatan mereka sebab sebenarnya mereka sedang dibayar oleh dosa-dosa.

Mengapakah orang berbuat jahat terhadap anda? Mereka ingin lihat anda sedih, menangis, marah, mengamuk dan semua sikap-sikap yang tidak baik. Dengan itu mereka ada sebab untuk ketawa. Itu adalah temasya bagi si busuk hati.

Tapi andainya anda boleh senyum kalaupun tidak ketawa, anda sebenarnya telah menyebabkan mereka terjelepok. Mereka akan susah hati dan berasa payah sekali. Nah, mengapa hendak menangis oleh perlakuan jahat manusia sebaliknya bersikap tenang dan ketawalah, anda telah mengembalikan kesakitan kepada mereka.

Benteng pengubat hati
Benteng pertahanan diri kita adalah percaya pada diri sendiri. Anda percaya anda tidak sejahat yang mereka sangka dan sememangnya anda tidak jahat, itulah benteng terbaik pengubat hati. Apabila Allah diletakkan paling atas dalam kehidupan tiada apa-apa kejahatan yang mampu memusnahkan lagi.

Tidak perlu berasa sakit sebab kesakitan pada tubuh badan sudah cukup menyakitkan, tidak usah ditambah oleh sakitnya jiwa sebab kesakitan pada jiwa adalah kesakitan yang amat sangat. Ia sukar sembuh malah lebih mudah parah jika gagal merawatnya dengan baik.

Dalam hidup ini usahlah berharap semua orang menyukai anda, ramai juga yang tidak. Bukan ada sebab bahkan kadang-kadang anda tidak kenal pun mereka, tetapi mereka sangat benci dan dengki terhadap anda. Mengapa?

Usah hairan sangat. Ada kalanya kita sendiri pun begitu meluat dengan lagak sesetengah artis. Bukan setakat tidak minat malah berasa hendak muntah apabila dengar suaranya sahaja. Sebaliknya anda cukup minat dengan artis yang lain serta merasakan segalanya yang ada pada artis berkenaan betul lagi sesuai. Mengapa pada artis tadi anda benci sedangkan yang itu sangat minat pula? Apa sebabnya?

Anda sendiri tidak dapat menjawabnya bukan? Kebencian dan rasa minat datang begitu saja.
Begitulah orang terhadap anda. Bukan semua perkara baik yang anda lakukan akan menimbulkan rasa sayang, kadang-kadang tanpa sebab anda disayangi dan dibenci.
Hidup memang macam-macam. Usah bersedih oleh ketidakadilan yang terpaksa anda hadapi, ia sentiasa baik jika anda mengetahui hikmah sabar yang Allah sediakan untuk anda kelak. Usah lawan setiap serangan sebab sebenarnya itulah yang mereka kehendaki. Semakin anda berlawan semakin anda ditelanjangi, yang tidak-tidak akan terkeluar dan ini akan semakin mengusutkan keadaan dan anda juga yang akan berasa semakin sakit.

Terbaik, senyumlah dan ketawalah. Senyum dan ketawa akan memadam dengan sendirinya semua kesulitan

Tuesday, August 24, 2010

5 Kekuatan Dalaman

Bismillahirrahmanirrahim

1. Fokus

Mempunyai daya fokus yang kuat. Apabila menetapkan matlamat, saya memberi fokus yang amat hebat kepada matlamat tersebut. Perkara-perkara lain yang tidak membawa kepada pencapaian matlamat itu akan menjadi sebagai “gangguan”…

2. Mencari ilmu

Saya agak rajin mencari ilmu dengan cara membaca dan juga bertanya pada mereka yang lebih pakar…

3: Bijak mencari peluang

Saya banyak berfikir dan mencari peluang. Setiap hari saya akan fikirkan beberapa idea perniagaan. Bila tidak ada benda nak buat, saya akan fikir peluang-peluang menambahkan pendapatan…

4: Kreatif

Bukan sahaja kreatif dari segi rekacipta, tetapi, kreatif dalam cara pendekatan. Saya sering mencari idea-idea baru dalam pendekatan perniagaan atau konsep. Sebagai contoh, menggunakan pendekatan “Tip Satu Minit” untuk blog.

5: Kesabaran

Untuk berjaya, sememangnya terdapat banyak cabaran. Cabaran dalam perniagaan, cabaran dalam usaha, tak lupa juga cabaran dari segi mental apaila terdapat segelintir dikeliling kita cuba menjatuhkan dan melemahkan usaha kita…

Sumber: http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/apakah-5-kekuatan-anda/

AlhamdulilLah..

~ Allahumma Solli A’la Muhammad ~

Membina Kekuatan dalaman

Apakah kekuatan dalaman itu sebagaimana kita melihat seperti mereka yang kebal dalam ilmu persilatan? Sememangnya terdapat Hadith Rasulullah yang mafhumnya "manusia yang paling kuat ialah mereka yang mampu bersabar".



Betapa hebat pun manusia itu dari segi fizikalnya, tetapi sekiranya tidak dapat menahan ammarahnya yang terdapat di dalam dirinya ia bukanlah orang yang kuat. Ia memberikan gambaran yang jelas kepada kita bahawa kekuatan yang sebenar adalah bersumber dari dalam diri manusia itu sendiri.


Segala kekuatan dan keupayaan kita itu sebenarnya bersumber dari Sang Pencipta yang Maha Kuasa. Bukankah kita seringkali menyebutnya iaitu " Lahaulawala Quwwata Illa Billah". Tidak ada keupayaan untuk menanggung sesuatu dan tidak ada kekuatan untuk melaksanakan sesuatu melainkan datang dari Allah. Begitulah agama mengajar kita bahawa dalam kehidupan ini kita sebenarnya memerlukan Allah pada setiap saat.

Ketabahan jiwa dalam melalui dan menanggung sesuatu perkara sebenarnya memerlukan latihan yang berpanjangan supaya sikap itu terbina dalam diri manusia. Ia tidak semudah yang disangkakan. Sebab itu jikalau kita renungkan , (jangan termenung pulak) tentang kehidupan kita sejak kita mencapai usia baligh hingga kini, banyak musibah, masalah, kesusahan, kesukaran, dan sebagainya yang telah menimpa kita. Itu sebenarnya merupakan tarbiyyah (didikan) dari Allah agar kita sentiasa mengingatinya dan sedar bahawa hidup kita secara sepenuhnya bergantung padaNya.

Bagi mendapatkan kekuatan dalaman untuk melalui liku-liku kehidupan kita perlu sentiasa berdamping dangan Allah selalu, seperti banyak melakukan ibadat-ibadat sunat, dan yang wajib lebih-lebih lagi serta mendalami dengan lebih mendalam lagi tentang agama kita agar kita mengenal (ma'rifat) Tuhan. Bukankah " awal beragama itu mengenal Allah"?

Sama-sama kita fikirkan!!!

Hidup susah dan senang bersama Allah.

Tafsir mimpi

Tafsir-tafsir mimpi ini menunjukkan bahawa lebih mulia dan suci jiwa seseorang itu maka lebih menjangkau jauh dan lebih besar pengertiannya terhadap apa yang terkandung dalam mimpi yang dialaminya.

Ibn Sirin adalah seorang ahli hadith. Beliau mendalami secara teliti dan terperinci segala ibarat yang terkandung dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Berdasarkan ibarat-ibarat inilah sesuatu mimpi ditafsirkannya. Menurut Ibn Sirin, di samping panduan daripada ibarat-ibarat yang terkandung dalam Al-Quran dan As-Sunnah, tafsir sesuatu mimpi itu juga bergantung kepada bila mimpi tersebut dialami. Mimpi yang paling menepati kebenaran dalam realiti kehidupan adalah mimpi yang dialami menjelang masuknya waktu subuh dan juga mimpi pada waktu tengahari. Namun mimpi yang dialami pada waktu malam adalah lebih kuat daripada yang dialami pada waktu siang. Ibn Sirin juga menjelaskan bahawa mimpi yang ringkas dan padat adalah mimpi yang lebih pantas hakikat sebenarnya berlaku dalam realiti kehidupan.

Selain itu, Ibn Sirin juga menjelaskan kejernihan jiwa dan kekuatan rohani seseorang itu akan menjadikan mimpi yang dilaluinya paling hampir menepati realiti dalam satu jangka masa yang terdekat.

Selain daripada buku Ibn Sirin terdapat penjelasan Ibn Khaldun tentang mimpi dalam bukunya, Muqaddimah. Ibn Khaldun menjelaskan selain mimpi yang benar dan juga mimpi yang dipengaruhi oleh syaitan, terdapat juga mimpi disebabkan fikiran dan perasaan seseorang yang terlalu tertumpu kepada sesuatu perkara pada waktu berjaganya.Ibn Khaldun menghuraikan dengan panjang lebar sifat-sifat mimpi seumpama ini dan menghuraikannya sebab-sebab mengapa ia berlaku sesuai dengan tahap pemikiran manusia pada zamannya.

Thursday, August 19, 2010

MENGENAL LELAKI MELALUI EMPAT UNSUR KEJADIAN

MENGENAL LELAKI MELALUI EMPAT UNSUR KEJADIAN
Manusia dijadikan melalui empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Carl Jung, seorang ahli jiwa mengaitkan empat unsur kejadian ini dengan perangai manusia, ianya adalah seperti berikut:

ANGIN (JENIS PEMIKIR: JIWA, SEJUK)
Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. la digolongkan sebagai sifat kelelakian (masculine). Lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura.

Orang teori, sukar dipengaruhi, objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai tinggi kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah, suka pada fakta dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin. Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana.

API (JENIS INTUITIF: CINTA, PANAS)
Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.

Pentingkan diri, megah, semangat tinggi, kompetatif, perlukan ruang, keanakan atau lurus, menaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.

TANAH (JENIS PANCAINDERA: SYAHWAT, KERING)
Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis Deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Orang yang menyedari kewujudannya di sini dan kini menghargai kebendaan, keras hati, sabar,disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria.

Sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sabar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. Kepala angin, bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. Badannya kurus, kurangnya tidur, tidak sabar jima', selalu sihat, banyak kerja.

AIR (JENIS PERASA: FIKIRAN, BASAH)
Sifat air dikaitkan jenis Perasa. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Lemah-lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik.

Lemah lembut, perasaannya dalam, belas kasihan, penakut, ada angin, imaginatif, mudah terluka hatinya, berahsia, mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat seni, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram. Tubuhnya tambun, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas, lambat dan agak kurang faham.

Unsur Wanita

A few interesting info to share... **useful to men to identify the behaviour of women he loves love**


~ WANITA TANAH ~
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21 April-20Mei), Virgo(24Ogos-23 September) dan Capricon(22 Disember-20 Januari).

@ seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.
@ Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
@ Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan siksp berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
@ Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
@ Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.
@ Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.




~WANITA API~
Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries(21 Mac-20 April), Leo(24 Julai-23 Ogos) dan Sagittarius(23 November-21 Disember).

*Dilahirkan sebagai pemimpin
*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
*Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris.
*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.
*Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.




~ WANITA ANGIN ~
Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini(22 Mei-21 Jun), Libra(24September-23 Oktober) dan Aquarius(21 Januari-19 Februari).

#Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
#Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
#Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
#Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
#Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.
#Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
#Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.




~ WANITA AIR ~
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer(22 Jun-23 Julai), Scorpio(24 Oktober-22 November) dan Pisces(20 Februari-20 Mac).

++Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
++Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
++Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
++Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.


So tu la info nye. Maybe not 100% true tapi ade few criteria yang kene dengan aku. Cube teka aku ni unsur mane?fikir **.. kalau yg da kenal da leh tau da...huhuhu..**

Sunday, August 15, 2010

Khasiat Solat Tahajud

Iaitu antara khasiat mengamal dan membiasakan
Solat Sunat Tahajjud...

1.Menguatkan iman...

2.Menguatkan jiwa...

3.Menyihatkan rohani...

4.Menyihatkan tubuh badan...

5.Ubat kepada penyakit-penyakit rohani ( jiwa ).

6.Menyingkirkan penyakit daripada tubuh badan...

7.Mencegah penyakit-penyakit rohani ( jiwa )...

8.Mencegah penyakit-penyakit tubuh badan...

9.Menjadi cahaya pada wajah...

10.Pembenteng daripada kejahatan manusia...

11.Pembenteng daripada kejahatan jin...

12.Amalan murah rezeki...

13.Amalan pengasih...

14.Mencerdaskan fikiran...

15.Doa makbul...

16.Masin lidah...

17.menjadikan diri lebih berwibawa...

18.Mudah segala urusan...

Dan sebagainya...

Kesan awalnya...anda akan merasa lebih tenang
dan yakin dalam menghadapi segala permasalahan
hidup sehari-hari...

Adapun kesan ketara mengamalkan Sunat Tahajjud
akan anda rasai setelah mendirikannya dalam
masa tujuh malam berturut-turut...

Bagaimanapun ia mungkin lebih awal...iaitu setelah
mendirikannya pada tiga malam berturut-turut...

Namun sebaik-baiknya...jadikan Sunat Tahajujud itu
amalan sepanjang hayat...kerana sangat besar rahsia
dan khasiatnya...samada yang kita tahu atau pun tidak.

wallohu a'lam

Surat As saaffat


سُوۡرَةُ الصَّافات
دُحُورً۬ا‌ۖ وَلَهُمۡ عَذَابٌ۬ وَاصِبٌ (٩) إِلَّا مَنۡ خَطِفَ ٱلۡخَطۡفَةَ فَأَتۡبَعَهُ ۥ شِہَابٌ۬ ثَاقِبٌ۬ (١٠)
As-Saaffat
Untuk mengusir mereka dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak putus-putus. (9) Kecuali sesiapa di antara Syaitan-syaitan itu yang curi mendengar mana-mana percakapan (malaikat), maka dia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menjulang lagi menembusi. (10)

سُوۡرَةُ الصَّافات
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَٱلصَّـٰٓفَّـٰتِ صَفًّ۬ا (١) فَٱلزَّٲجِرَٲتِ زَجۡرً۬ا (٢) فَٱلتَّـٰلِيَـٰتِ ذِكۡرًا (٣) إِنَّ إِلَـٰهَكُمۡ لَوَٲحِدٌ۬ (٤) رَّبُّ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَہُمَا وَرَبُّ ٱلۡمَشَـٰرِقِ (٥) إِنَّا زَيَّنَّا ٱلسَّمَآءَ ٱلدُّنۡيَا بِزِينَةٍ ٱلۡكَوَاكِبِ (٦) وَحِفۡظً۬ا مِّن كُلِّ شَيۡطَـٰنٍ۬ مَّارِدٍ۬ (٧) لَّا يَسَّمَّعُونَ إِلَى ٱلۡمَلَإِ ٱلۡأَعۡلَىٰ وَيُقۡذَفُونَ مِن كُلِّ جَانِبٍ۬ (٨) دُحُورً۬ا‌ۖ وَلَهُمۡ عَذَابٌ۬ وَاصِبٌ (٩) إِلَّا مَنۡ خَطِفَ ٱلۡخَطۡفَةَ فَأَتۡبَعَهُ ۥ شِہَابٌ۬ ثَاقِبٌ۬ (١٠)

As-Saaffat
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Demi (hamba-hambaKu) yang berbaris dengan berderet-deret. (1) (Hamba-hambaKu) yang melarang (dari kejahatan) dengan sesungguh-sungguhnya. (2) (Hamba-hambaKu) yang membaca kandungan Kitab Suci. (3) (Sumpah demi sumpah) sesungguhnya Tuhan kamu hanyalah Satu. (4) Tuhan (yang mencipta serta mentadbirkan) langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya dan Tuhan (yang mengatur) tempat-tempat terbit matahari. (5) Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan hiasan bintang-bintang. (6) Dan (Kami pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang derhaka. (7) (Dengan itu) mereka tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit dan mereka pula direjam (dengan api) dari segala arah dan penjuru. (8) Untuk mengusir mereka dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak putus-putus. (9) Kecuali sesiapa di antara Syaitan-syaitan itu yang curi mendengar mana-mana percakapan (malaikat), maka dia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menjulang lagi menembusi. (10)

PETANDA GANGGUAN JIN/SAKA

GEJALA PADA WAKTU TIDUR

1) Susah tidur malam tidak boleh tidur kecuali setelah bersusah payah

2) Sering terjaga waktu malam dlm keadaan cemas dan takut

3) Mimpi buruk yang dikenali kabus spt mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya terjadi dlm keadaan kena tindih.

4) Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan

5) Mimpi melihat binatang2 seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus dan sebagainya. Kalau bermimpi dipatuk ular, kemunkinan petanda bahawa sihir telahpun masuk ke dlm jasadnya.

6) Bunyi gigi berlaga ketika tidur

7) Ketawa, menangis, dan menjerit2 ketika sedang tidur (terutama kanak2 dikenali dgn sawan tangis)

8) Berdiri dan berjalan ketika tidur

9) Mimpi jatuh dari tempat tinggi

10) Mimpi berada di kawasan kotoran atau di kawasan perkuburan

11) Bermimpi berada di tempat yang sunyi

12) Mimpi terserempak atau melihat makhluk dgn rupa yang aneh

13) Mimpi melihat makhluk yang menakutkan ataupun diistilahkan sebagai hantu

14) Mimpi melihat budak kecil. Berjaga-jaga kalau bermimpi budak kecil yang menyusu dgn kita dan kita sayangkannya terutama kepada wanita

15) Mimpi melihat salib atau gereja

16) Mimpi bertemu paderi

17) Merintih dan menangis ketika tidur

GEJALA PADA WAKTU JAGA

1) Sakit dari bahu hingga ke kepala. Biasanya bila bertemu doktor katanya "migrain". @ Doktor sukar mengesan penyakit yang dihidapi

2) Selalu lalai daripada mengingati Allah. Semasa solat lupa rakaat terutama solat yang mempunyai 4 rakaat. Terlupa dah baca tahyat awal ke belum. Kadang2 solat yang 4 rakaat dibuat sampai 5 rakaat sebab terlupa dah baca tahyat ke belum.

3) Sering lesu dan malas. Kadang2 seluruh badan bisa2 dan sengal2 walaupun tiada membuat pekerjaaan yang berat

4) Rasa sakit atau bisa (lenguh-lenguh) di sendi utama @ di salah satu anggota badan dan doktor tidak berupaya mengubatinya.

5) Kadang2 sesak nafas @ bernafas tak puas. Bila berjumpa doktor tidak dpt dikesan penyakitnya.

6) Sentiasa berasa sakit di bahagian tulang belakang dan pinggang terutama bagi kaum lelaki.

7) Terdapat tanda lebam2 di bahagian peha dan lengan terutamanya bagi kaum wanita jelas kelihatan.

8) Melihat sesuatu yang pelik semasa terjaga

9) Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati. Biasanya doktor menakrifkannya sebagai kanser.
Perlu diingat bahawa kanser berpunca dari jin.

10) Sentiasa mengantuk walaupun telah cukup tidur. Jelas kelihatan ketika berada di majlis ilmu atau ketika membaca Al-Qur'an.

11) Mudah marah dan panas baran yang sukar dikawal(Kadang2 sehingga memecahkan perkakas dlm rumah)

12) Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan kehidupan

13) Mudah panik dan gelisah apabila berhadapan dgn sesuatu ujian

14) Emosional dan terlalu sensitif.

15) Merasa takut untuk tinggal sendirian kerana sentiasa berasa ada orang dibelakangnya.

16) Kadang2 sering terdengar namanya dipanggil orang tetapi apabila di cari tiada pemanggilnya.

18) Terasa seperti ada ketulan di dalam perut (rahim bagi wanita) dan ianya bergerak aktif apabila kita baring atau mengiring. Saka bagi kaum wanita ibunya adalah didlm rahim.

KESAN DAN AKIBAT DARI GANGGUAN SAKA/JIN
1) Orang yang mewarisi saka sukar mendapat zuriat.

2) Banyak perkara yang ganjil berlaku dlm hidup seperti pernah berjumpa dgn org yang aneh rupa parasnya namun org lain tidak dpt melihatnya dan sebagainya

3) Tidak berupaya untuk hidup dgn sempurna kerana menghidap pelbagai penyakit hospital malah penyakit aneh yang tidak mempu di diagnoskan. Mungkin juga berpotensi menghidap penyakit kanser kerana kanser mempunyai pertalian rapat dgn gangguan jin.

4) Tidak suka bergaul dgn manusia lain dan kurang suka hidup bermasyarakat

5) Sgt sensitive dan mudah terasa dgn kata2 orang

6) Anak kepada anak cucu yang mewarisi saka akan sentiasa menangis semasa kecil dan semasa besar berperangai buruk pula

7) Anak cucu yang mewarisi saka suka melawan cakap ibu bapa dan orang yang lebih tua darinya.

8) Kehidupannya menjadi suram dan tidak ceria serta selalu dlm keadaan tegang tidak aman

Saturday, August 14, 2010

S.a.k.a

Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama sehingga sebati dengan diri manusia tersebut. Ianya berlaku samada seseorang itu sedar atau tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya. Saka ini wujud apabila nenek moyang terdahulu mempelajari ilmu tertentu yang membabitkan jin dan diperturunkan kepada pembawa saka tanpa diketahui atau boleh jadi juga jin tersebut sendiri memilih untuk mendampingi keturunan yang dikehendaki.




Jin tersebut oleh nenek moyang pembawa saka apabila mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka hidup, mereka telah bersahabat dan membela jin-jin tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama.




Nama-nama seperti hantu raya, pelesit, pontianak, polong dan lain-lain memang terkenal di kalangan masyarakat melayu. Namun hakikatnya semuanya adalah sama iaitu makhluk Allah s.w.t. yang dikenali dengan nama jin dan syaitan.





Persahabatan antara jin dan manusia dalam bentuk 'khadam' dinyatakan di dalam al-Quran. Firman Allah s.w.t.:





Ertinya:



"Dan bahawasanya ada beberapa lelaki dari kalangan manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan..." - Surah al-Jin: 6




Jin yang dijadikan khadam inilah akhirnya menjadi saka yang perturunkan dari ayah ke anak dan keturunan yang seterusnya (mereka yang mempunyai pertalian darah). Ini disebabkan perjanjian yang telah dibuat oleh nenek moyang denan jin tersebut dan mengundang masalah dan penderitaan kepada keturunannya.





Terdapat pertalian yang erat antara jin dan saka! Jin yang diwariskan seumpama harta peninggalan itulah yang dikenali sebagai saka.


Dalilnya:

Dari Abu Tha'labah berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:



Ertinya:


"Jin itu mempunyai tiga jenis: Satu jenis yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, satu jenis yang berbentuk ular-ular dan anjing-anjing dan satu jenis yang berpindah-randah."




Jin yang berpindah-randah seperti yang disebutkan diklasifikasikan sebagai jenis jin yang menjadi saka disebabkan jenis jin ini yang mampu berpindah-randah dari satu keturunan ke satu keturunan di bawahnya.





Secara umumnya orang yang memiliki saka akan mempunyai kebolehan untuk mengubat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan tetapi dengan cara yang meragukan dari sudut syariat, antaranya:




1. Kebanyakkan mereka mempunyai kebolehan mengubat melalui kaedah ‘menurun’. Caranya ialah jin tersebut memasuki tubuh orang yang mempunyai saka tersebut dan kemudiannya menyamar sebagai para wali Allah dan orang-orang soleh seperti Syeikh Abdul Qodir al-jilani, Syeikh Bahauddin an-Naqsyabandi, Syeikh Abu Hassan as-Syazili dan sebagainya. Namun hakikatnya ia cumalah jin yang datang daripada saka.

2. Pembawa saka mampu beubat tetapi menggunakan jampi yang mempunyai unsur-unsur syirik yang boleh menggugurkan syahadah dan iman.

3. Pembawa saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yng langsung tidak dapat difahami.

4. Pengamal perubatan yang kebolehannya datang dari saka selalunya sering melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat.

5. Ada di kalangan mereka mendapat ilmu kebolehan mengubat melalui mimpi tanpa belajar.




Saka berpindah sebaik sahaja pembawa saka yang terdiri daripada nenek moyang yang membuat perjanjian dengan jin tersebut meninggal dunia. Apabila pembawa saka meninggal dunia, jin saka tersebut tidak mempunyai perumah/pembela maka ia mencari perumah/pembela baru dari kalangan anak cucu tuannya yang telah mati itu tadi.





Berikut adalah kronologi bagaiman jin saka berpindah selepas kematian tuan punya saka tersebut:




*

Apabila nenek moyang yang membela jin tersebut mati; jasadnya mati setelah rohnya keluar dari jasadnya. Namun begitu, jin yang berdamping dengan nenek moyang itu tidak mati kerana umur jin bukannya seperti manusia.
*

Apabila jasad perumah saka itu dikebumikan, jin tersebut bebas dan berada dalam keadaan seperti layang-layang yang terputus talinya. Lalu ia berkeliaran di atas bumi mencari rumah tumpangannya yang baru. Perihal nyawa jin dan syaitan yang ternyata lebih panjang dari unsur manusia.


Firman Allah s.w.t.:





Maksudnya:"Iblis menjawab:'Beri tangguhlah saya sampai waktu dibangkitkan.' Allah berfirman :"Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh." Iblis menjawab: "Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang) mereka dari jalan Engkau yang lurus.............Surah al-a'raf: ayat 14-16




*

Kemudiannya saka tersebut akan bepindah kepada anak cucu sebagai perumah yang baru. Kebiasaannya jin tersebut akan berpindah kepada anak cucu yang ada mengamalkan jampi-jampi tertentu yang diambil dari si mati.
*

Saka juga boleh berpindah dari si mati kepada warisnya apabila anak cucu tersebut ada menyimpan mana-mana barang tinggalan si mati.
*

Saka juga berpindah kepada anaka cucu yang secara pengamatannya merupakan waris yang menjadi orang harapan kepada keluarga pada masa hadapan khususnya orang harapan kepada si mati yang menyimpan saka tadi.
*

Orang yang berpotensi mewarisi saka adalah orang yang tinggal bersama si mati semasa hidupnya iaitu serumah denganngya.





*

Anak cucu yang sangat cetek pengetahuan agamanya.
*

Anak cucu yang melazimi maksiat dan sering melanggar peraturan agama.
*

Anak cucu yang sentiasa meninggalkan ibadat wajib seperti solat dan puasa.
*

Adakalanya anak cucu yang kuat pegangan agamanya kerana jin dan syaitan sangat mengidamkan supaya orang yang taat berjaya disesatkan.
*

Anak cucu yang lemah; fizikal dan antibodinya. ini akan memudahkan jin untuk bertapak di dalam badan mangsanya.
*

Anak cucu yang memang menginginkan sangat apa yang dipunyai oleh nenk moyang mereka. Apabila saka ini diwarisi seolah-olah orang mengantuk disorongkan bantal.
*

Anak cucu yang memang mengidamkan kehebatan dengan pelbagai kelebihan di hadapan manusia walaupun dengan cara yang mencabar syariat Allah s.w.t.



Gejala pada waktu tidur:



*

Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah besusah payah.
*

Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
*

Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya erjadi dalam keadaan 'kena tindih'.
*

Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan.
*

Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus dan sbagainya. Kalau bermimpi dipatuk ular, kemungkinan petanda bahawa sihir telah pun masuk ke dalam jasadnya.
*

Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
*

Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur.
*

Berdiri dan berjalan ketika tidur.
*

Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
*

Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan.
*

Mimpi berada di tempat sunyi.
*

Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang menakutkan atau diistilahkan sebagai hantu.
Gejala pada waktu jaga:
  • Selalu pening, para pengamal perubatan moden tidak dapat mengean penyakit dan dikatakan penyakit misteri.

  • Selalu lalai daripada mengingati Allah s.w.t.

  • Hilang ingatan dan mungkin mnjadi gila. Gila adalah berpunca dari jin. Dalam bahasa arab, orang gila digelar 'majnun'. majnun bermaksud dijinkan iaitu isim maf'ul.

  • Sering lesu dan malas.

  • Rasa sakit di salah satu anggota badan dan doktor tidak berupaya mengubatinya.

  • Sentiasa terasa sakit di belakang terutama di tulang belakang.

  • Lenguh di sendi-sndi utama.

  • Melihat sesuatu yang pelik semasa jaga.

  • Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati. Biasanya doktor menakrifkannya sebagai kanser. Perlu diingat kanser berpunca daripada jin.

  • Terasa seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki. Seperti terpijak batu atau telur.

  • Mudah panik dan kaget apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.

  • Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan kehidupan.

  • Sentiasa mengantuk teutamanya dalam majlis ilmu.

  • Mudah marah dan panas baran.

  • Emosional dan terlalu sensitif.

  • Orang memiliki saka sukar untuk mendapat anak.

  • Banyak perkara ganjil berlaku di dalam hidup seperti pernah berjumpa dengan orang aneh namun orang lain tidak dapat melihatnya dan sebagainya.

  • tidak berupaya untuk hidup dengan sempurna kerana menghidap pelbagai penyakit moden malah penyakit aneh yang tidak mampu didianogsiskan. Mungkin juga berpotensi menghidap penyakit kanser kerana kanser mempunyai pertalian yang rapat dengan gangguan jin.

  • Tidak suka bergaul dengan manusia lain dan kurang suka hidup bermasyarakat.

  • Sangat sensitif dan mudah terasa dengan kata-kata orang.

  • Kadangkala tahu perkara-perkara mustahil diketahui oleh orang-orang lain. Namun hakikatnya ia adalah bisikan iblis dan jin.

  • Anak kepada anak cucu yang mempunyai saka sentiasa banyak menangis semasa kecil dan semasa besar berperangai dengan perangai yang buruk.

  • Anak cucu yang mempunyai saka suka melawan cakap ibu bapa dan orang lebih tua.

  • Kehidupan menjadi suram dan tidak ceria serta selalu dalam keadaan tegang.

Monday, August 9, 2010

Tips dari cuci Hati

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan: “Ya Allah, jadikan hatiku bersih.”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.

5. Berma’af-ma’ afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok2 belaka).

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: “Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif.” Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut… dsb). Jangan dengar orang mengumpat.