Monday, August 12, 2013

Za’faran atau “saffron”


Za’faran atau “saffron” dalam bahasa Inggeris diketahui ramai sebagai perasa dan pewarna yang digunakan di dalam masakan dan industri pakaian terutamanya di bahagian Timur Tengah, Asia Tengah dan Mediterranean.  Saffron merupakan rempah yang paling mahal di dunia. Namun terdapat rahsia yang amat berharga bagi mereka yang inginkan fikiran yang jelas, tepat dan tajam dan daya ingatan yang kuat. Ini adalah rahsia bagaimana ramai kanak-kanak dari negara Iran dapat menghafal seluruh kitab Al-Quran semasa umur mereka baru mencapai lima tahun.

Di antara bahan-bahan aktif yang ahli saintis percaya menjadikan za’faran satu penawar yang terlalu hebat diantaranya:
  • Carotenoid (xeaxanthin, lycopene dan crocetin)
  • Crocin ( meningkatkan daya hafalan, ingatan dan pembelajaran)
  • Safranal  (antioksidan)
  • Picrocrocin (anti-kanser) 
  • Vitamin B1 dan B2 yang tinggi
  • Mineral seperti kuperam, potassium, kalsium, manganese, besi, selenium, zink dan magnesium. Potassium merupakan komponen penting sel dan cecair tubuh yang mengawal tekanan darah. Manganese dan kuperam sebahagian dari faktor antioksidan enzim superoxide dismutase. Manakala besi adalah penting untuk menghasilkan sel darah merah dan sebahagian faktor untuk enzim cytochrome oxidases.
Za'faran dalam Perubatan Islam
  • Seperti juga kesemua makanan dan penawar lain yang digunakan dalam Perubatan Islam, za'faran mengandungi nilai perubatan yang sangat tinggi. Penggunaannya amat luas sekali, antaranya digunakan sebagai dakwat untuk menulis ayat-ayat suci Al-Quran di atas pinggan yang putih. Air mawar atau air zam-zam dituang ke atas pinggan dan larutannya diminum untuk menyembuhkan penyakit, merawat gangguan dan menyelesaikan masalah.  

    Kegunaan Za'faran
    Khasiat dan kelebihan za'faran telah dibuktikan melalui kajian. Antaranya, za'faran mampu: 
    • meningkatkan daya fikiran dan ingatan, kecerdasan dan kepintaran
    • mencegah dan merawat jangkitan (infection)
    • mencegah dan merawat keradangan (inflammation)
    • merawat masalah mata seperti cataract
    • mencegah dan merawat kanser
    • menyempurnakan penghadaman
    • merawat masalah darah seperti aneamia dan thalassemia
    • mengawal tekanan darah dan kolesterol
    • melancarkan pengaliran darah
    • merawat sakit sendi, urat saraf dan keletihan
    • mengatasi masalah usus, sembelit
    • merangsang tenaga batin
    • merawat kemurungan
    • merawat masalah dan penyakit "keturunun" kerana za'faran bersifat mutagenic, iaitu pencemaran dan kerosakan dalam DNA boleh dibaikpulih.

No comments:

Post a Comment