Monday, August 9, 2010

Adab-Adab Doa Dan Sebab-Sebab Doa Diperkenankan

1. Ikhlas

2. Dimulakan dengan memuji allah kemudian diikuti dengan salawat ke atas nabi saw dan mengakhiri doa dengannya juga.

3. Bersungguh-sungguh ketika berdoa dan penuh keyakinan akan diperkenankan oleh allah.

4. Membaca doa dengan tenang dan tidak tergopoh-gapah.

5. Menghadirkan hati ketika berdoa (tidak berkhayal kepda perkara lain)

6. Sentiasa berdoa samada diwaktu senang atau ketika waktu susah.

7. Tidak meminta kecuali kepada allah yang maha esa.

8. Tidak mendoakan keburukan ke atas isteri, harta benda, anak-anak, atau ke atas diri sendiri.

9. Merendahkan suara ketika berdoa antara dengar atau tidak.

10. Pengakuan terhadap segala dosa yang dilakukan dan memohon keampunan darinya dan pengakuan terhadap segala nikmat dan bersyukur di atas segala kurniaan allah tersebut.

11. Tidak menyusahkan diri dengan doa-doa yang berunsur sastera (bahasa yang susah)

12. Bersifat merendah diri, khusyu’, mengharap dan gerun terhadap allah.

13. Memulangkan hak, meminta maaf terhadap orang yang dizalimi beserta taubat.

14. Mengulang-ulangkan doa sebanyak tiga kali

15. Mengadap kiblat.

16. Mengangkat dua tangan ketika berdoa.

17. Berwudhu’ sekiranya mudah berbuat demikian.

18. Tidak keterlaluan dalam berdoa (minta perkara yang pelik-pelik dan tidak munasabah sebagai seorang hamba, seperti nada paksaan agar allah perkenankan)

19. Hendaklah orang yang berdoa, memulakan doa untuk dirinya terlebih dahulu sebelum berdoa untuk orang lain.

20. Bertawassul dengan nama-nama allah (asma ul-husna) dan sifat-sifatnya yang maha tinggi dan dengan amalan soleh yang dialkukan oleh orang yang berdoa atau dengan doa seseorang yang masih hidup.

21. Memastikan makanan, minuman dan pakain dari sumber yang halal.

22. Melaksanakan peranan amar ma’ruf dan nahi munkar.

23. Menjauhkan diri dari segala bentuk maksiat, zahir dan batin.

No comments:

Post a Comment